Thursday, August 17, 2017

Nilai Persahabatan? Hurmmmmm....

Tiada siapa yang sempurna. Yes, aku akuinya. But still, the spirit of friendship shouldn't be ignored. Dah namanya kita berkawan, makanya, berkawanlah sebaiknya. Bukannya menjadikan kawan kita macam wujud tak wujud ja. Bila ada keperluan baru nak cari. Bila takde keperluan, buat bodoh je. Pengalaman aku berkawan, tak perlu pun ada jadual waktu untuk call bertanya khabar atau outing bersama. Sekali sekala pun ok. Sapa sipi ke di media sosial. Just enough to show that we care, that we are there. Tapi ada sesetengah orang ni, suka sangat mempergunakan orang lain, dan mempermainkan the spirit of friendship. Selamatlah ko kawan. Well.... what you give, you get back.

Saturday, July 8, 2017

Bersawang

Lamak dah sik mencoret dalam  blog. Sik juak setegal sibuk sebab mun nak madah sibuk, sibuk ya subjektif. Hehehehe. Sebenarnya dari dirik kita. Banyak aku maok share lately tok cumanya sik sesuai share dalam Facebook. Boleh menimbulkan fitnah. Apapun, aku akan start sharing gik klak. Hehehehe.... Yalah byk gilak opinion tuk.

Sunday, January 15, 2017

Aku dan Persahabatan

Hahaha... Post2 aku ni sekejap Bahasa Melayu, sekejap English Dan sekejap Bahasa Sarawak. Itu je pun bahasa yang aku tahu. Huhuhu....

Well post kali ni pasal persahabatan. Aiiii yaaa....
Aku ni pelik sikit. Selagi kawan aku tak khianat aku, well, aku okayyyyy... Tapi, kalo kena khianat, tiada maaf bagimu pis yo. Hahaha...

Cumanya aku just lemah bab2 nasihat ni. Sebab yelah, aku pun dah tua kan. Logiknya kawan2 aku sumer level mak2 bapak2 orang. Walaupun ada yg belum kawen, still umur level2 itulah kan. Jadinya secara logik aku yakin diorang boleh berpikir sendiri. Kalau diorg perlukan pandangan Dan nasihat aku, diorang sendiri boleh minta. Namanya aku nak mengoffer.... Erkkkk... Rasanya payah kot. Hehehe....

Tapi kekadang ada kawan2 aku ni x paham. Contohnya A suh aku nasihatkan B. Apesal tak nasihatkan sendiri? Huhuhu.... Ekcelli aku dah penah advise B tapi B tak masuk nasihat. Huhuhu... Jadi takkan la aku nak paksa kannnn...
Okeh, mata day ngantok. Adiosss..

Thursday, December 29, 2016

Sleep?

When did the last time I sleep for 8 hours straight? I guess during my high school years. After that my sleeping hours goes haywire. Hahaha.. But I don't regret it.

1) During university years... Can't sleep because I miss my late mom whom passed away in 2001. And I really make use of it. I studied a lot. Well I can say I took advantage of the situation...

2) When I started work..... because I worries so much. I can't sleep whenever my tasks are not settled or whenever I face roadblocks during task completion.

3) When I get married.... because we are long distance lovers. So when we get married I got transferred closer to him and we just enjoy late night outings to compensate the 4 years of long distance relationship.

4) When I have kids..... and till the time i'm writing this, two of my kids are still awake!

Well, I guess I need to keep fit and stay healthy. For more happy years to come!

#Mommy really need to train you to sleep dearies. :-D

Wednesday, December 28, 2016

Hati Seorang Ibu

Arwah mak meninggal pada tahun 2000. Usianya baru 38 tahun. Tak cecah 40 tahun pun. Yup I miss her so much.

Sekarang aku pula seorang ibu. Ibu kepada 3 hero cilik. Cabarannya hanya ALLAH yang tahu. Namun tak kira macamanapun, kasih sayang tetap mendahului segalanya.

Malam ini, aku ingin bercerita tentang hati seorang ibu. Yang aku cuba fahami. Betapa besar kasihnya kepada anak2 namun anak2 enggan memahami. Malah diambil kesempatan ke atas si ibu. Yang paling menyayangi ibu pula hidupnya seolah terbuang. Jauh daripada keluarga. Seakan membawa diri. Namun tetap berhubung atas dasar kasih seorang anak.

Ya, mungkin yang dekat merasa terbeban. Ya, mungkin yang dekat merasakan mereka berhak. Ya, mungkin yang bijak pandai merasakan mereka hebat berhujah sehingga hati ibu terluka.

Tapi jangan kau lupa tangan siapa yang mengasuhmu. Jangan kau lupa, tulang empat kerat siapa yang mencari rezeki untukmu. Dan jangan buat2 lupa kudrat siapa yang kau kerahkan.

Anak2 yang bijak, jangan lupa hukum ALLAH. Apabila kau ambil kesempatan atas kudrat dan kasih ibumu. Jangan kau lupa siksaan neraka, apabila kau ambil kesempatan atas kekurangan ibumu.

Jadi, apalah salahnya ibumu menegur dan membebel? Apa salahnya ibumu meminta sesuatu untul disempurnakan? Apalah sangat penatmu jika dibandingkan dengan penatnya dia mengasuhmu sehingga dewasa dan berjaya?

Ingatlah anak2 yang bijak dan pandai, jangan kau menangis apabila ibumu sudah tiada. Ketahuilah masanya sudah terhad. Dan apakah kau ingin menderhaka di penghujung masa? Simpanlah airmata palsumu. Sebab semasa hayatnya kamu hanya menyakitinya.

Ketahuilah, sungguh ibumu tidak berpelajaran, sungguh ibumu tersenyum walau apapun kau lakukan kepadanya, kasih sayangnya tidak pudar. Walau sedikit. Tapi hati kecilnya sengsara siapa yang tahu. Dan janji ALLAH itu pasti.

Bertaubatlah sebelum terlambat.

#SayangIbu.

REALITI DALAM SEBUAH PERKAHWINAN 002

Ikut statistik, antara punca utama berlakunya penceraian adalah disebabkan duit. Duit, duit, di mana kau duit????? Aku perlu akui, dugaan terbesar kami adalah pengurusan kewangan atau duit. Yang kesiannya bukan salah En. Hubby tapi silap aku yg rajin sangat buat pinjaman peribadi dolu2. Sekarang menyesal tak sudah namun hutang perlu dibayar. Echewah. Barulah gentleman. Kannn.. Namun dari satu segi, ia peluang terbaik untuk mengajar anak2 untuk bersederhana.

Antara perkara yang aku perlu syukuri adalah, en. Hubby yg sentiasa mengimbangi aku. Yelah kekadang tu panas jugak dia dengan aku tapi kesabarannya sangat tinggi. Sapa kenal aku tahulerrr mcmana. ahahahaha....

Sekarang kami mmg hidup dalam kesederhanaan. Dan aku belajar jugakla berkuntau di dapur. Hahaha... Nasib baik arwah mak strict dulu. Benarlah setiap perkara ada hikmahnya. Sekarang kami sedang berusaha untuk neutralkan balik kesilapan2 yg aku buat dulu. In sha ALLAH. Chaiyok2.


Sunday, December 25, 2016

5 Years To Fulfill

My mom passes away at the age of 38. She's battling cancer for 8 years before ALLAH invites her to HIS Jannah. And now I'm 33.

I have a loving husband and three beautiful sons. I have great friends and a hell of a career. And my family, my whole extended family who always loves me no matter what happens. But I'm preparing myself for 5 years to come. Definitely I'm not a fortuneteller to foretell my future especially my death due date. But just to be safe, I'll ensure that I've settled most things before I reached 38 yo.

I'll dedicate special entries to people I care because I've hurt them, a lot all this time. I have my weaknesses but I need to tell them how special they are and I really love them. I guess I need to start early so I can manage writing it all.