Sekejap lagi, bangkit sahur. So disebabkan tak dapat tido selepas tragedi memaksa anak2 tido pada jam 2 pagi, natijahnya terosss tak dapat tido.
Ada kisah di sebalik ramadhan ini. Kerana dalam bulan ramadhan aku mengalami keguguran kandungan yang pertama. Aku percaya dan redha ada Hikmah disebaliknya. Cuma masih terhijab dariku.
Sebenarnya sebelum puasa dah detect pregnant. Tapi sebab sendiri2, hasben jauh dan takde ilmu ( arwah mak meninggal pada tahun 2001) maka aku taktau apa nak buat. Jadi pada 13 September 2009, aku menjalani D&C akibat keguguran. Dari satu segi, aku yakin ada tersirat perancangan yang lebih baik dariNYA. Mungkin ada kekurangan dan kelemahan dariku, yg lalai terhadapNYA atau teraniayakan makhlukNYA. SesungguhNYA ALLAH Maha Mengetahui.
Apapun, aku redha. Dan hanya pada tahun ini, aku menamakan anak syurgaku Siti Khadijah. Meskipun aku keguguran pada 8 minggu kehamilan, namun atas asbab sains, iaitu kromosom XY dan X, maka aku namakannya sempena nama wanita kesayangan Rasulullah. Sedih takyah ceritalah. Namun mcm aku cakap tadi, ALLAH adalah sebaik2 perancang.
Apapun, hero2 dah tido, makanya bangkitlah aku untuk menyediakan sahur. Salam Ramadhan semua....
No comments:
Post a Comment