Arwah mak meninggal pada tahun 2000. Usianya baru 38 tahun. Tak cecah 40 tahun pun. Yup I miss her so much.
Sekarang aku pula seorang ibu. Ibu kepada 3 hero cilik. Cabarannya hanya ALLAH yang tahu. Namun tak kira macamanapun, kasih sayang tetap mendahului segalanya.
Malam ini, aku ingin bercerita tentang hati seorang ibu. Yang aku cuba fahami. Betapa besar kasihnya kepada anak2 namun anak2 enggan memahami. Malah diambil kesempatan ke atas si ibu. Yang paling menyayangi ibu pula hidupnya seolah terbuang. Jauh daripada keluarga. Seakan membawa diri. Namun tetap berhubung atas dasar kasih seorang anak.
Ya, mungkin yang dekat merasa terbeban. Ya, mungkin yang dekat merasakan mereka berhak. Ya, mungkin yang bijak pandai merasakan mereka hebat berhujah sehingga hati ibu terluka.
Tapi jangan kau lupa tangan siapa yang mengasuhmu. Jangan kau lupa, tulang empat kerat siapa yang mencari rezeki untukmu. Dan jangan buat2 lupa kudrat siapa yang kau kerahkan.
Anak2 yang bijak, jangan lupa hukum ALLAH. Apabila kau ambil kesempatan atas kudrat dan kasih ibumu. Jangan kau lupa siksaan neraka, apabila kau ambil kesempatan atas kekurangan ibumu.
Jadi, apalah salahnya ibumu menegur dan membebel? Apa salahnya ibumu meminta sesuatu untul disempurnakan? Apalah sangat penatmu jika dibandingkan dengan penatnya dia mengasuhmu sehingga dewasa dan berjaya?
Ingatlah anak2 yang bijak dan pandai, jangan kau menangis apabila ibumu sudah tiada. Ketahuilah masanya sudah terhad. Dan apakah kau ingin menderhaka di penghujung masa? Simpanlah airmata palsumu. Sebab semasa hayatnya kamu hanya menyakitinya.
Ketahuilah, sungguh ibumu tidak berpelajaran, sungguh ibumu tersenyum walau apapun kau lakukan kepadanya, kasih sayangnya tidak pudar. Walau sedikit. Tapi hati kecilnya sengsara siapa yang tahu. Dan janji ALLAH itu pasti.
Bertaubatlah sebelum terlambat.
#SayangIbu.
No comments:
Post a Comment