Kenapa tajuk post dalam English? Sebab kalo tulis dalam bahasa melayu terasa terlalu dekat berlaku di sekitar. Kalo dalam English, rasa macam berlaku kat luar negara je.
Aku tak sure apa yg aku buat betul atau tidak. The truth is, aku cuba menyelamatkannya tetapi segalanya atas diri sendiri sahaja. Aku cuba menjadi sahabat yang baik tetapi nampaknya aku gagal.
Secara general, aku pun bukannya sempurna. Aku pernah membuat kesilapan. Namun, aku berpegang pada satu perkara yg aku belajar dalam kehidupan. Jangan benarkan diri walau untuk berfikir untuk curang. Fokus kepada keluarga. Aku pun xpasti sejauh mana kesetiaan suami kepada aku. Cuma apa yang penting, aku setia. Aku setia kepadanya. Aku setia kepada ALLAH dengan menjaga maruahku.
Aku sedih, benar2 sedih melihat sahabatku. Dan kesian kerana dia berkali2 cuba menegakkan benang yang basah. Membina penipuan demi penipuan. Sahabat, aku doakan agar engkau bertaubat. Aku akan terus cuba menjadi sahabat yang menyokongmu.
Dan aku, aku sentiasa mendoakan agar ALLAH sentiasa menetapkan hatiku. Sekurang2nya untuk taat kepadaNYA dan sentiasa mempercayai qada dan qadarNYA. Hanya ALLAH sebaik2 perancang.
Me and world.
No comments:
Post a Comment