Realitinya surviving marriage bukan mudah. Sebab apa aku cakap bukan mudah, sebab banyak faktor mempengaruhi. Silap-silap boleh buat SWOT Analysis. Bukan setakat nak terima kelebihan dan kekurangan pasangan seadanya, tapi it's so much more than that. Dan sejujurnya, nak survive tahun ke tahun tu pun bukan senang tau! Sebenarnya lebih senang uruskan kerja di pejabat daripada menguruskan perkahwinan.
Namun, aku sukaaaa sangat berpegang kepada satu perkataan yang belajar daripada buku Ustaz Hasrizal. Tak ingat dah nama buku. Bahawa setiap insan (bukan manusia yek, aku guna istilah insan menggambarkan individu yang punya perasaan dan hatiperut) miliki IHSAN. Dan bahawa cinta, kecantikan, sayang dan lain2 boleh pudar dengan masa namun IHSAN adalah anugerah ALLAH yang paling bermakna, Perkataan omputeh paling dekat adalah appreciate. Namun IHSAN sebenarnya lebih mendalam dan lebih bermakna daripada menghargai.
Apabila duduk sebumbung, kita akan hadap segalanya. Bukan pasangan saja, malah seluruh pakej kehidupan pasangan. Nantilah ada masa aku kupas lagi yek.
Tapi aku nak ingatkan, bukan aku nak buka pekung di dada or nak mengajar cara hidup bahagia. Oh No! Jauh sekali. Aku cuma nak kasik can adik2 yang lena diulit romantika untuk membuat pertimbangan sewajarnya sebelum terjun sebarangan ke alam perkahwinan. Dan segala yang tercatat adalah pandangan peibadi aku secara keseluruhannya. Tidak berkaitan dengan siapa2.
Dua pendekar dah ngantok tapi gagah bersilat. Si kecik kat dalam pulak lapar. So akan bersambung ke entri lain la yek. Kalo aku rajin arrrrr.... Hahahahaha
18 Mei 2016
11.42 malam.
No comments:
Post a Comment